Wednesday 6 April 2011

tragedi

29 MAC. Tangkak - Seorang penganggur telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini kerana diserang penyakit jantung yang agak serius. Mangsa Haznin bin Ishak,20, atau mesra dipanggil sebagai Botak dikejarkan ke hospital apabila pihak hospital telah menerima satu panggilan dari orang awam. Mangsa pengsan sebaik sahaja keluar dari pintu rumahnya.
    
     Menurut saksi iaini seorang kawan mangsa, mangsa merupakan seorang perokok tegar. Dia berkata " semasa saya lalu depan rumah Botak, saya nampak dia keluar dari pintu tiba-tiba dia terus jatuh pengsan. Saya terkejut dan terus pergi kepadanya. Tanpa pikir panjang saya pun telefon ambulan. " Menurut sumber yang diperoleh. mangsa memang kuat menghisap rokok apabila beliau dalam keadaan yang tertekan.


     Setelah dikenalpasti oleh pihak hospital,doktor mengesahkan bahawa mangsa telah dijangkiti oleh penyakit  Bronchie Plus. Ini dimana salur udara yang membekalkan oxygen untuk manusia bernafas telah tertutup mnyebabkan laluan udara menjadi sempit dan mengakibatkan kesukaran untuk bernafas. Doktor mengesahkan lagi bahawa tahap mangsa kini agak kritikal dan sekiranya berlarutan dan tidak ditangani penyakit ini akan membawa maut.


mangsa 


     Jabatan Kesihatan memberi amaran kepada semua perokok agar berhenti atau mengurangkan pengambilan rokok secara berlebihan. Merokok amatlah membahayakan kesihatan dan ia merupakan punca utama bagi segala jenis penyakit-penyakit kronik. Mangsa kini dilaporkan stabil dan tidak merokok lagi.  ~  Bernama.



9 comments: