Monday 4 April 2011

..

Hidup ini,
Penuh dengan tanda tanya,
Tidak kira dimana pun,
Tapi yang pasti kita perlu redha,
Kalau itu sudah kehendakNya.

Tidak ada gunanya menangis,
Kerana walau menangis air mata darah sekalipun,
Ia tidak akan berubah sepenuhnya,
Sebab itu kita harus redha.

Kita selalu bertanya,
Apakah maksud semua ini,
Kerana sesetengah orang tidak sanggup mengharungi rintangan itu,
Seperti aku jua hanya berteman air mata,
Tapi pada masa itu kita harus kuatkan semangat,
Walau apa pun yang terjadi.

Kerana itu semua ada hikmahnya,
Hanya Dia sahaja yang mengetahui,
Dan kita hanya mampu berdoa,
Dan meminta petunjuk dariNya,
Agar menunjukkan jalan yang lurus.

Oleh itu,
Kita harus redha kepadanya,
Apa yang terjadi masa sekarang,
Kerana masa akan datang kita tidak tahu
Apakah yang akan terjadi.
            

No comments:

Post a Comment