Tuesday 5 April 2011

Sesungguhnya..

Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu,
Sebenarnya diri ini rindu kepadaMu,
Tapi aku tidak mengerti mengapa cinta masih tak hadir,
Tapi aku tidak mengerti mengapa rindu belum berbunga.

Sesungguhnya walau ku kutip,
Semua permata di dasar lautan,
Sesungguhnya walau ku siram,
Dengan air hujan dari tujuh langitmu,
Namun cinta takkan hadir,
Namun rindu tak akan berbunga.

Ku cuba menghulurkan sebuah hadiah kepadaMu,
Tapi mungkin kerana isinya,
Tidak sempurna tiada seri,
Ku cuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga,
Tapi mungkin kerana airnya,
Tidak sesegar telaga khauthar.


Sesungguhnya walau ku kutip,
Semua permata di dasar lautan,
Sesungguhnya walau ku siram,
Dengan air hujan dari tujuh langitmu,
Namun cinta takkan hadir,
Namun rindu tak akan berbunga.
Jika tidak mengharap rahmat Mu,
Jika tidak menagih simpati,
PadaMu Ya Allah.

Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepadaku,
Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu,
Moga ku tahu syukurku adalah milikMu.

No comments:

Post a Comment