Wednesday 18 May 2011

Kenapa takut nak percaya diri . .

Kan pelik, orang yakin kat kita, tapi kita tak yakin pada diri sendiri. Orang mati-mati boleh kata, “Cik mat tu,  hui bukan main hebat. Dia tu tak nak tunjuk je. Kalau dia jenis menunjuk, memang hebat kampung kita ni jadinya.”
Masalahnya, Mat pulak fikir macam ni, “Aku ni apalah yang pandainya. Langsung tak tahu apa-apa, orang ingat aku  ni hebat sangat,padahal aku ni tak ada apa-apapun.”
Hai, Mat.. orang bukan main percaya kat kamu, kamu sendiri tak gemat dengan diri kamu? 
Semua yang sedang membaca buku ini, majoriti manusia begitu. Percaya tak? Majoriti manusia lebih rendah daripada nak menyombong diri. Merendah diri bagus, tapi janganlah sampai hilang motivasi diri. Ini yang silap. Anda merendah diri, itu memang wajar sebab besar diri akan menyebabkan lupa diri dan lupa diri akan mnyebabkan tak tahu diri. Tak tahu diri akan menyebabkan riak, sombong dah takbur yang tanpa sebab.
Merendah diri sampai rasa Tuhan tak anugerahkan apa-apa pada kita itu salah. Setiap manusia ada keistimewaan-keistimewaan tersendiri dan tertentu. Pasti ada, bahkan boleh kita katakan wajib ada. Sedangkan orang gila pun ada keistimewaan tertentu yang tak ada pada  orang normal. Itu orang gila. Apa keistimewaannya?
Dia boleh hidup dalam dunia gilanya tu. Entah macam manalah rupa dunia dia. Hijau ke, kuning ke, kelabu tahi anjing ke, tak pernah kita tahu. Dia nampak happy , dia nampak biasa, dia nampak okey je dalam dunia dia yang ‘haru-biru’ tu. Tapi, dia masih boleh hidup.
Kalau berjalan di jalan raya, dia tahu berjalan di tepi. Padahal orang  gila, tak stabil, ukuran tak betul, tapi macam mana dia tahu kalau jalan tengah boleh kena langgar dan mati? Kan istimewa tu. Sampaikan dengan pakaian compang-compingnya, dia makan  apa-apa je yang jumpa, apa kucing jalanan makan itu pun, dia makan. Apa yang anjing kurap makanitu pun, dia makan. Tapi okey, selesema pun tak.. tak ke istimewa tu?
Itu orang gila, masih buat ukuran untuk hidupsesuai dengan alam nyata di mana dia berada, sedangkan dia bukan berpijak di bumi yang nyata. Takkan kita ni yang normal,yang stabil, yang okey dan orait ni tak ada keistimewaan? Tak mungkin. Mustahil. Kartun.
Hah, apa nak takut percaya diri tu bagus, diri tu ada keistimewaan, diri tu setanding dengan orang, kadang-kadang lebih baik lagi. Kenapa tak boleh hargai diri sendiri dan hormat diri dan berikan ransangan bahawa dia tu hebat dan luar biasa serta penuh dengan keistimewaan? Kenapa asyik nak kutuk diri tak habis-habis? Ingat untung ke kutuk diri sendiri. Saya tak nampak pun untungnya.
Jangan salah faham dengan munasabah diri. Nanti ada orang kata muhasabah diri tu, kenapa boleh? Kenapa dibenarkan? Muhasabah diri tu maksudnya semak diri, koreksi diri, kata orang indon. Itu memang disuruh untuk memperbaiki diri. Koreksi diri bermakna memperbetulkan diri. Memang kita sentiasa disuruh perbetulkan diri, pasal tu agama diturunkan untuk betulkan manusia.
Agama tak suruh pun kita kutuk diri, macam apa yang dilakukan oleh sesetengah pihak, hingga berpaksa pukul belakang sendiri sampai berdarah-darah. Apa hal? Agama bukan suruh aniaya diri, tapi pelihara diri, hormati dan hargai diri. Habis, kalau dah bearak di tengah jalan raya tak berbaju   pulak smabil pekik-pekik dan pukul belakang sendiri dengan besi,dengan cemeti,dengan ekor pari, apa hal?
Jadi, jom kita hormati diri kita, dalam istilah yang lebih istimewa, hormat diri tinggi. Hormat diri adalah satu pernyataan syukur seorang hamba pada TUHAN-nya, sedangkan kutuk-kutuk diri, memang tak tahu diri.

No comments:

Post a Comment