Wednesday 18 May 2011

Setan tertanggal kain . .

Mari berkfikir macam orang cemerlang. Usah fikir macam orang gagal, anda akan jadi gagal. Gagal bukan apa yang ada depan mata, tapi apa yang ada dalam hati.  Orang yang kalah perang bukan yang betul-betul tewas di medan perang, tapi orang yang langsung takut nak pergi perang.
Satu hari melalui sistem SMS 33221, saya dapat soalan yang cukup aneh. Belum pernah saya dengar sebelumnya. Nak tahu?
Seorang wanita mengadu suaminya lari dari rumah. Laa... tak pernah saya dengar. Mungkin adlah berlaku, tapi itulah yang pertama kali saya dengar. Mana tak hairannya, wanita ni guna ayat ‘ suami lari dari rumah’ bukan suami tinggalkan rumah. Kalau suami tinggalkan rumah saya dah biasa dengar, tapi yang ni musykil sangat.

Kalau betullah suami lari dari rumah, memang tak patut. Ada ke patut,tempat sandaran,sandaran tulah yang rebah. Ada ke patut, tempat bergantung tali itulah yang putus. Kalau rebah dan putus sendiri tak apa juga, ini sendiri yang rebahkan, sendiri yang putuskan. Hisy, memamng tak senonoh.
Kepada semua yang telah berkahwin, ingatlah hidup bukannya lama untuk buat benda-benda pelik ni. Kalau dikenang dek orang sampai tujuh keturunan macam mana?  Engkau tahu, moyang engkau dulu lari dari rumah tau. Alah.... buruknya bunyi.  Berbanding orang kata,  engkau tahu,  moyang engkau dulu memang baik. Boleh jadi contoh pada  kesetiaan.  Padahal bini dia bukan bagus sangat pun, bukan cantik sangat pun.
Kepada yang belum kahwin, setlah dalam minda supaya perkahwinan  anda kelak menuju titik akhir, tak ada lain kebahagiaan. Masalah sikit-sikit tu adatlah,  takkan masalah sikit pun nak lari dari rumah.  Kalau awak tu perempuan moleklah jugak didengar dek orang ramai,  tapi kalau lelaki, suami, bapak orang pulak tu, tak ke buruk?
Tak ada masalah yang tak boleh selesai, sama ada kita nak bertolak ansur dengan tidak je.  Ego tu turunkanlah sikit. Tak ada untungnya pertahankan ego tu. Walaupun dari sudut motivasi kadang-kadang penting juga meningkatkan keyakinan diri, tapi dalam kebanyakan hal memang jadik hal.
Ingatlah, setan memang suka orang bercerai-berai. Salah satu penyebab pada perceraian adalah peranan setan. Jadi, waktu nak lari dari rumah tu dik, bang, pakcik, datuk, kenang-kenang setan yang sedang jadi penonton ni dan bayangkan mereka bersorak sampai tertanggal-tanggal kain sebaik saja awak lari. Kenapa mesti nak mengenangkan setan? Kan baik biarkan setan tergolek-golek menangis sebab dia tu memang smusuh yang nyata bagi manusia. Kenapa nak bagi syok kat musuh kita pulak? Peliklah kau orang ni....
Ni petua rumah tangga yang paling power. Nak tahu? Kalau isteri sedang marah suami diamlah, kalau suami tengah marah isteri diam pulak.  Itu je petuanya. Jangan lawan, jangan lawan, jangan lawan.  Diam mengendurkan segalanya. Awak pulak yang nak marah sangat ni, cuba la kawal-kawal, kalau tak boleh jugak pergi mandi.
Biasanya kemarahan akan kurang bila mandi, termasuklah ambil wuduk,tarik nafas dalam-dalam dan sebagainya. Jangan pulak tengah marah makin berdiri di bawah panas pulak, tutup aircond pulak, padam kipas pulak, memanglah makin jadi.

No comments:

Post a Comment