Wednesday, 18 May 2011

Hidup di himpit batu . .

Syabas anda yang menjadikan buku sebagai teman. Anda pastinya orang yang berilmu. Satu perkataan yang anda ketahui dan pelajari menjadikan anda lebih pintar dan bijak daripada orang yang tak tahu dan tak belajar perkataan itu.
Bukan sudah sangat nak jadi orang luar biasa bagus ni, Cuma ambil je inisiatif untuk belajar satu perkara baru. Sebaik saja habis je dia belajar, maka jadilah orang yang lebih pintar daripada orang lain yang tak ambil tahu.
Jadi, anda yang berteman dengan buku atau sebarang bahan bacaan, anda sentiasa maju daripada orang lain. Wah, bukan main kembang lagi. Tak apa, memang kita wajar bangga dengan diri kita. Itu dipanggil hormat diri tinggi, bukan hidung tinggi. Kalau semua bantai hidung tinggi lama-lama hilang motivasi nanti.
Hah, nak cerita lagi, sebenarnya ada mahkluk yang tinggal di dalam bilik saya. Makhlukni kecik je namanya labah-labah. Saya tak usik labah-labah ni kadang-kadang syok jugak tengok dia jalani hidup. Dia tak buat apa pun. Dia buat sarang dah tu tunggu. Duduk diam-diam kat tengah sarang dia. Eei, ini bukan labah-labah besar yang kita selalu tengok tu, ni yang halus, kalau tak berhati-hati memang terpijak kita. Pernah jugaklah dua tiga ekor yang terkorban.
Yang saya pelik, siapalah nak datang ke situ dan nak tersangkut kat sarang dia. Sarang dia kecik macam g=duit lima sen, serangga apa yang tersangkut kat situ? Serangga yang buat kantung-kantung kuaci ke? Itu saya tak pasti.
Dari segi logik, mana ada serangga halus yang boleh terbang tinggi? Dan labah-labah ni pulak,macam mana boleh panjat menara tinggi-tinggi? Kan angin kuat. Engko ikut mana hah? Atau engko pakai lif?
Hah, tengok... ada orang kata labah-labah tu ikot dalam perabot waktu pindah. Taklah. Semua perabot baru, tak ada yang second hand. Dan semuanya berlap dan bersembur dengan ubat penebat. Memang pasti. Lagipiun labah-labah ni Cuma tinggal dalam bilik air. Hanya kat bilik airlah ada lubang angin dia mesti ikut situ punya. Takkan naik lif pulak!
Apa yang kita boleh belajar dari sini? Banyak. Banyak bagi orang yang nak ambil teladan dan pengalaman. Kalaulah si halus ni boleh berada di puncak menara yang sentiasa berangin, apa maslahnya kita yang bertubuh sasa dan jelas lagi nyata ni untuk bina kecemerlangan dan kejayaan diri?
Tengoklah labah-labah ni, ada ruang untuk dia di muka bumi ni. Dia hidup ikut kapasiti yang dia miliki. Dia tentu tak terdaya untuk menentang arus pembangunan, tapi dia masih boleh hidup di tengah-tengah pembangunan.
Dari dulu, kini dan selamanya labah-labah akan ada dan pasti terus ada, biar bagaimana bumi ini telah berubah, namun ruang untuk dia tetap ada dan mesti ada.
Kita tak perlu susah hati sangat dengan bahagian kita. Sebagai manusia, kita lebih berhak untuk berada disini, membina kecemerlangan diri kita sebagus-bagusnya. Kalau labah-labah boleh hidup di celah batu, kenape kita tak boleh hidup diapit batu?
Jangan terkejut kot-kot labah-labah yang dapat menyelusup masuk ke dalam roket pulak nanti.                                                            
         Orang muda selalu melaram,                               Ayam baik selalu mengeram,
         Terlebih melaram jadilah arang;                         Mari menjual kain ela;
         Kenapa labah-labah hidup tenteram,                   Labah-labah memanglah tenteram,
         Sedangkan dia tu bukan orang.                           Sebab dia labah-labah bukan orang le...

No comments:

Post a Comment