Wednesday 18 May 2011

Gila cinta . .

Nak cerita tentang cinta sikit boleh tak? Cinta pentinglah. Apa pulak remehnya? Cubalah hidup tanpa cinta. Apa jadi? Orang tua kat rumah orang tua masih menikmati hidup sebab masih ada cinta terhadap mereka. Cuba kalau tak ada.
Dan janganlah bila sebut pasal cinta yang terbayang cuma orang lelaki dengan orang perempuan ‘bertafakur di bawah pokok’. Hubungan hamba dengan Allah perlukan cinta. Tanpa cinta tak sanggup bangun lepas tengah malam untuk tahajud. Jadi, jangan sempitkan persoalan cinta sekadar  ‘maksiat’ antara teruna dan dara.
Dan iini nak kisahkan tentang cinta yang agak silap. Jangan kecik hati saya bercakap secara umum, bukan sentuh sesiapa. Iini senario bagaimana orang boleh terperasan. Satu hari terserempak dengan seseorang yang diminati. Orang tu berikan senyuman dan senyuman ini kekal dalam hati orang yang terima sampai pagi esok. Besok pagi, dia harap dapat terserempak lagi dengan orang berkenaan dan dapat satu lagi senyuman. Kalau betul-betul dapat, dia akan semakin lemas, gelisah dan mula memasang angan-angan. Kalau dia dapat kali ketiga, dia dah boleh dikatakan ‘gila cinta.’
Bayangkan selepas itu dia dapat pulak bercakpa-cakap dengan orang berkenaan, kemudian mintak pulak nombor telefon, memamng terus lupa diri. Dia akan mula mencipta bait-bait puisi untuk meambangkan betapa meriah hatinya ketika itu.  Dia khayal dan berjalan macam tak jejak bumi. Senyum selalu.
Masalahnya, tanpa dia tahu orang berkenaan langsung tak simpan apa-apa perasaan pada dia. Sekadar senyum, sekadar bercakap, dan sekadar berhubung sebagai manusia lain. Setahun kemudian, ketika akan berlaku perpisahan atau sekadar perselisihan faham, pelbagai hal berkaitan hati muncul tiba-tiba. Ayat-ayat seperti ini akan kedengaran; “Sampai hati awak buat saya macam  ni.” “Kenapa buat saya macam ni?” “Apa dosa saya, apa salah saya pada awak?” “Kenapa awak main-mainkan saya?” “Saya tulus ikhlas menyayangi awak,kenapa awak tergamak hancurkan hati saya?” “Saya tak faham awak, awak layan saya dengan baik, tiba-tiba awak rembat tali yang telah mengikat saya.” “Tak sangka awak sampai hati.” “Tolonglah, jangan buat saya macam ni.”
Ni apa semua ni? Tak pasal-pasal. Mana ada cinta sebelumnya,sekkadar memberi perhatian sebab perhatian tu diminta.  Sebagai manusia, apa salah memberi sedikit perhatian? Masalahnya, perhatian itu dah ditafsirkan yang bukan-bukan dan dikembangkan hingga jadi satu jalinan cerita cinta. Eh, apa pulak ni?
Tak faham, kan? Memang tak faham. Masalahnya dalam dunia ini memang akan terjadi serupa ini. Sesetengahnya sampai datang rumah kenal dengan emak bapak sebab sangka cukup istimewa, tapi sebenarnya sekadar hubungan persaudaraan sesama Islam.
Itulah anehnya cinta. Siapa kata cinta tak penting? Orang boleh jadi ‘setengah gila’ oleh cinta. Pesanan saya, bercintalah dalam suasana intelek.  Memang cinta selalu ‘membodohkan’ tapi janganlah sampai benar-benar bodoh. Jangan bina istana di awangan sebab pondok buruk itu lebih baik di atas bumi.
Faham?

No comments:

Post a Comment