Wednesday 18 May 2011

Setan tertanggal kain . .

Mari berkfikir macam orang cemerlang. Usah fikir macam orang gagal, anda akan jadi gagal. Gagal bukan apa yang ada depan mata, tapi apa yang ada dalam hati.  Orang yang kalah perang bukan yang betul-betul tewas di medan perang, tapi orang yang langsung takut nak pergi perang.
Satu hari melalui sistem SMS 33221, saya dapat soalan yang cukup aneh. Belum pernah saya dengar sebelumnya. Nak tahu?
Seorang wanita mengadu suaminya lari dari rumah. Laa... tak pernah saya dengar. Mungkin adlah berlaku, tapi itulah yang pertama kali saya dengar. Mana tak hairannya, wanita ni guna ayat ‘ suami lari dari rumah’ bukan suami tinggalkan rumah. Kalau suami tinggalkan rumah saya dah biasa dengar, tapi yang ni musykil sangat.

Kalau betullah suami lari dari rumah, memang tak patut. Ada ke patut,tempat sandaran,sandaran tulah yang rebah. Ada ke patut, tempat bergantung tali itulah yang putus. Kalau rebah dan putus sendiri tak apa juga, ini sendiri yang rebahkan, sendiri yang putuskan. Hisy, memamng tak senonoh.
Kepada semua yang telah berkahwin, ingatlah hidup bukannya lama untuk buat benda-benda pelik ni. Kalau dikenang dek orang sampai tujuh keturunan macam mana?  Engkau tahu, moyang engkau dulu lari dari rumah tau. Alah.... buruknya bunyi.  Berbanding orang kata,  engkau tahu,  moyang engkau dulu memang baik. Boleh jadi contoh pada  kesetiaan.  Padahal bini dia bukan bagus sangat pun, bukan cantik sangat pun.
Kepada yang belum kahwin, setlah dalam minda supaya perkahwinan  anda kelak menuju titik akhir, tak ada lain kebahagiaan. Masalah sikit-sikit tu adatlah,  takkan masalah sikit pun nak lari dari rumah.  Kalau awak tu perempuan moleklah jugak didengar dek orang ramai,  tapi kalau lelaki, suami, bapak orang pulak tu, tak ke buruk?
Tak ada masalah yang tak boleh selesai, sama ada kita nak bertolak ansur dengan tidak je.  Ego tu turunkanlah sikit. Tak ada untungnya pertahankan ego tu. Walaupun dari sudut motivasi kadang-kadang penting juga meningkatkan keyakinan diri, tapi dalam kebanyakan hal memang jadik hal.
Ingatlah, setan memang suka orang bercerai-berai. Salah satu penyebab pada perceraian adalah peranan setan. Jadi, waktu nak lari dari rumah tu dik, bang, pakcik, datuk, kenang-kenang setan yang sedang jadi penonton ni dan bayangkan mereka bersorak sampai tertanggal-tanggal kain sebaik saja awak lari. Kenapa mesti nak mengenangkan setan? Kan baik biarkan setan tergolek-golek menangis sebab dia tu memang smusuh yang nyata bagi manusia. Kenapa nak bagi syok kat musuh kita pulak? Peliklah kau orang ni....
Ni petua rumah tangga yang paling power. Nak tahu? Kalau isteri sedang marah suami diamlah, kalau suami tengah marah isteri diam pulak.  Itu je petuanya. Jangan lawan, jangan lawan, jangan lawan.  Diam mengendurkan segalanya. Awak pulak yang nak marah sangat ni, cuba la kawal-kawal, kalau tak boleh jugak pergi mandi.
Biasanya kemarahan akan kurang bila mandi, termasuklah ambil wuduk,tarik nafas dalam-dalam dan sebagainya. Jangan pulak tengah marah makin berdiri di bawah panas pulak, tutup aircond pulak, padam kipas pulak, memanglah makin jadi.

Tukar paradigma cinta . .

Pernah tak anda mencintai seseorang dan tak boleh nak makan nak minum bila terkenangkan dia?  Maknanya rindu sangat. Rindu serindu-rindunya. Memang tak bole buat apa dah.  Rasanya, nak sangat jumpa dia. Rasanya hanya dia yang anda perlukan saat itu. Beri emas selonggok pun tak jadi apa. Pernah tak?
Saya percaya pernah. Masalahnya kalau orang tu pun sama macam kita, takpe. Kadang-kadang dia langsung tak tahu pun. Kita je syok sendiri. Kita yang terkenang-kenang,terbayang-bayang,cinta, kasih tapi dia haram tak tahu.
Haa... ni saya nak bagitahu ni. Dalam hayat kita paling tidak kita akan alami keadaan macam tu sekali. Bila? Biasanya pada alam keremajaan. Sebab itu orang kalau nak rosak bermula dari rosaknya alam  keremajaan dia. Kalau dah rosak tahap ni, biasanya berterusan hingga penyudah.kalau okey tahap ni selalunya okeylah dia.
Tapi tahu tak, ada juga orang yang alami keadaan ni berkali-kali. Laa... awat macam tu?
Ini yang pelik ni. Sejak dia kanak-kanak sampai dia dewasa asyik feeling,asyik rasa syok,asyik rasa cinta. Bukan dia tak dapat apa yang dia nak, tapi entah kenapa dia asyik syok gila. Ada je orang yang dia syokkan tu.
Kalau setakat cerita jatuh cinta syok gila pada usia remang ni bukan perkara aneh lagi. Aduhai, kenapa sampai macam tu pak cik,mak cik, datuk, datin? Tak molek bebenor orang tua jatuh cinta lagi. Kalau setakat cinta yang boleh dikawal, syok sendiri gitu, bolehlah tahan. Ini cinta yang cuba untuk direalitikan. Macam tak sedar diri cucu dah berderet. Kalau duda, janda tak apa juga, ni ada suami lagi, ada isteri lagi, anak-anak pun meremit, tak terjaga pulak tu. Tapi nak menggatal juga. Apalah.
Seorang lelaki, inilah yang akan menjatuhkannya. Dia okey, tapi dia digoda, dia dipikat, lama-lama hangus juga. Seorang wanita pun, inilah yang akan menjatuhkannya. Bagaimanapun dia jaga diri dia,  kalau hari-hari di umpan lama-lama termakan juga.sesebuah bangsa jadi lemah kalau rakyatnya asyik gila cinta. Orang yang tengah mabuk cinta ni mana ada fokus. Kalau dia jaga mesin, mesti ada yang tak kena. Hasilnya tentu ada yang terlepas pandang. Dia jaga mesin cetak contohnya, tentu ada yang rosak. Sebab dia tengok mesin yang dia nampak bukan mesin lagi, tapi orang yang dia syok sangat tu.
Seorang wanita yang saya kenali, terhiris jari sewaktu memotong timun sebab mendengar suara yang diminatinya di radio. Dan wanita ni pun dah jadi isteri, dah pun beranak-pinak. Macam ni, boleh cemerlang luar biasa ke? Musykil... musykil.
Eh, jomlah kita bercinta, tak kisahlah nak gila punya ke tak gila punya ke. Tapi kita cinta gila pulak pada benda lain takkan asyik cinta gila pada orang je. Cintalah pulak pada Allah, pada Nabi, pada kerjaya, pada ibu ayah, pada bangsa, pada negara, pada masyarakat, pada surau, pada masjid, pada buku.
Ni asyik orang, asyik orang, asyik orang...

Gila cinta . .

Nak cerita tentang cinta sikit boleh tak? Cinta pentinglah. Apa pulak remehnya? Cubalah hidup tanpa cinta. Apa jadi? Orang tua kat rumah orang tua masih menikmati hidup sebab masih ada cinta terhadap mereka. Cuba kalau tak ada.
Dan janganlah bila sebut pasal cinta yang terbayang cuma orang lelaki dengan orang perempuan ‘bertafakur di bawah pokok’. Hubungan hamba dengan Allah perlukan cinta. Tanpa cinta tak sanggup bangun lepas tengah malam untuk tahajud. Jadi, jangan sempitkan persoalan cinta sekadar  ‘maksiat’ antara teruna dan dara.
Dan iini nak kisahkan tentang cinta yang agak silap. Jangan kecik hati saya bercakap secara umum, bukan sentuh sesiapa. Iini senario bagaimana orang boleh terperasan. Satu hari terserempak dengan seseorang yang diminati. Orang tu berikan senyuman dan senyuman ini kekal dalam hati orang yang terima sampai pagi esok. Besok pagi, dia harap dapat terserempak lagi dengan orang berkenaan dan dapat satu lagi senyuman. Kalau betul-betul dapat, dia akan semakin lemas, gelisah dan mula memasang angan-angan. Kalau dia dapat kali ketiga, dia dah boleh dikatakan ‘gila cinta.’
Bayangkan selepas itu dia dapat pulak bercakpa-cakap dengan orang berkenaan, kemudian mintak pulak nombor telefon, memamng terus lupa diri. Dia akan mula mencipta bait-bait puisi untuk meambangkan betapa meriah hatinya ketika itu.  Dia khayal dan berjalan macam tak jejak bumi. Senyum selalu.
Masalahnya, tanpa dia tahu orang berkenaan langsung tak simpan apa-apa perasaan pada dia. Sekadar senyum, sekadar bercakap, dan sekadar berhubung sebagai manusia lain. Setahun kemudian, ketika akan berlaku perpisahan atau sekadar perselisihan faham, pelbagai hal berkaitan hati muncul tiba-tiba. Ayat-ayat seperti ini akan kedengaran; “Sampai hati awak buat saya macam  ni.” “Kenapa buat saya macam ni?” “Apa dosa saya, apa salah saya pada awak?” “Kenapa awak main-mainkan saya?” “Saya tulus ikhlas menyayangi awak,kenapa awak tergamak hancurkan hati saya?” “Saya tak faham awak, awak layan saya dengan baik, tiba-tiba awak rembat tali yang telah mengikat saya.” “Tak sangka awak sampai hati.” “Tolonglah, jangan buat saya macam ni.”
Ni apa semua ni? Tak pasal-pasal. Mana ada cinta sebelumnya,sekkadar memberi perhatian sebab perhatian tu diminta.  Sebagai manusia, apa salah memberi sedikit perhatian? Masalahnya, perhatian itu dah ditafsirkan yang bukan-bukan dan dikembangkan hingga jadi satu jalinan cerita cinta. Eh, apa pulak ni?
Tak faham, kan? Memang tak faham. Masalahnya dalam dunia ini memang akan terjadi serupa ini. Sesetengahnya sampai datang rumah kenal dengan emak bapak sebab sangka cukup istimewa, tapi sebenarnya sekadar hubungan persaudaraan sesama Islam.
Itulah anehnya cinta. Siapa kata cinta tak penting? Orang boleh jadi ‘setengah gila’ oleh cinta. Pesanan saya, bercintalah dalam suasana intelek.  Memang cinta selalu ‘membodohkan’ tapi janganlah sampai benar-benar bodoh. Jangan bina istana di awangan sebab pondok buruk itu lebih baik di atas bumi.
Faham?

Usia yang terus merangkak . .

Dengan merangkaknya usia, bermmakana kita akan jumpa Ramadhan,Syawal dan seterusnya selari dengan panjangnya usia kita itu. Suka tak suka, anda akan berada dalam bulan berlapar dan berdahaga ni. Suka kena buat, tak suka pun kena buat. Jadi, lebih baik kita suka. Sebab buat semua benda dengan suka, semua benda jadi mudah. Buat semua benda dengan menyampah, semua benda jadi susah.
Ni nak cerita ni. Dalam salah satu Ramadhan yang saya tempuh, orang tua mampu tegakkan solat tarawih 20 rakaat maksimum, sedangkan orang muda langsung tak nampak batang hidung. Satu kali tu, saya berada dalam masjid Jamek. Bila disebut masjid Jamek ni,kira masjid yang besar dan luas lagi lebarlah. Boleh bayang?
Malam tu malam Ramadhan, macam selalu, masjid agak penuh. Saya berada di barisan paling hadapan, diapit oleh dua orang lelaki berbadan besar.  Dan saya berasa lemas di tengah-tengah. Sebabnya nak tahu? Dua orang ni pakai pewangi terlalulah kuat baunya. Saya jadi pening sebab pewangi tu bawa dua bau yang berbeza. Memang kedua-duanya wangi, tapi bila bercampur aduk begitu hidung boleh jadi perit, kepala rasa bingal dan rasa nak tumbang.
Seboleh mungkin saya cuba bertahan, maklum,sembahyang terawih baru bermula, takkan dah mengalah kot. Akhirnya, tak tahan... saya pun mengundur, tarik nafas segar di belakang dan kembali ke barisan yang sama, paling hujung. Hah, baru lega.
Orang bila guna pewangi apabila nak berasa tenang dan untuk berada dalam arus alpha. Tapi, janganlah wangi sangat. Peninglah.
Ini antara kesilapan orang masjid, orang surau. Mereka pergi ke masjid atau ke surau untuk berjemaah, tapi mengganggu solat orang ramai. Eh, tak mengganggu ke namanya, kalau pakai minyak wangi begitu punya banyak sampai mabuk semua orang. Yang paling menderita orang yang disebelah. Orang nilah yang paling menderita sebab minyak wangi dah bercampur dengan peluh dia orang - hmm.. memang tak tahan.
Percaya tak, ada orang tak mandi sebelum pergi kemasjid atau ke surau. Kalau kita kebetulan disebelah mereka, Ya Allah bau ‘badek’ (bahasa Jawa melambangkan busuknya orang tak mandi). Ini pun satu lagi yang boleh memabukkan. Yang tadi terlalu wangi, yang ni terlalu busuk. Ambillah jalan tengah,kalau tak nak mandi pun sebelum pergi ke masjid terutama untuk sembahyang yang lama dan panjang seperti solat tarawih tu, pakailah pewangi tapi jangalah banyak sangat. Ala kadarlah. Takkan tak boleh agak.
Apa pun, syabas kepada mereka yang hadir dalam program-program keagamaan, Cuma itulah nak pesan sikit, jangan pentingkan diri sendiri dan biarkan orang lain terdera. Nanti nak cari pahala terdapat dosa. Hidup perlu bijak, kalau tak bijak banyak perkara baik yang dibuat rupanya jadi pasal untuk melibas kita balik.
Yang hidup, yang membesar, yang mati semuanya lumrah, ynag pelik memang hidup, memang membesar tapi dah lama mati. Eh!

Hidup di himpit batu . .

Syabas anda yang menjadikan buku sebagai teman. Anda pastinya orang yang berilmu. Satu perkataan yang anda ketahui dan pelajari menjadikan anda lebih pintar dan bijak daripada orang yang tak tahu dan tak belajar perkataan itu.
Bukan sudah sangat nak jadi orang luar biasa bagus ni, Cuma ambil je inisiatif untuk belajar satu perkara baru. Sebaik saja habis je dia belajar, maka jadilah orang yang lebih pintar daripada orang lain yang tak ambil tahu.
Jadi, anda yang berteman dengan buku atau sebarang bahan bacaan, anda sentiasa maju daripada orang lain. Wah, bukan main kembang lagi. Tak apa, memang kita wajar bangga dengan diri kita. Itu dipanggil hormat diri tinggi, bukan hidung tinggi. Kalau semua bantai hidung tinggi lama-lama hilang motivasi nanti.
Hah, nak cerita lagi, sebenarnya ada mahkluk yang tinggal di dalam bilik saya. Makhlukni kecik je namanya labah-labah. Saya tak usik labah-labah ni kadang-kadang syok jugak tengok dia jalani hidup. Dia tak buat apa pun. Dia buat sarang dah tu tunggu. Duduk diam-diam kat tengah sarang dia. Eei, ini bukan labah-labah besar yang kita selalu tengok tu, ni yang halus, kalau tak berhati-hati memang terpijak kita. Pernah jugaklah dua tiga ekor yang terkorban.
Yang saya pelik, siapalah nak datang ke situ dan nak tersangkut kat sarang dia. Sarang dia kecik macam g=duit lima sen, serangga apa yang tersangkut kat situ? Serangga yang buat kantung-kantung kuaci ke? Itu saya tak pasti.
Dari segi logik, mana ada serangga halus yang boleh terbang tinggi? Dan labah-labah ni pulak,macam mana boleh panjat menara tinggi-tinggi? Kan angin kuat. Engko ikut mana hah? Atau engko pakai lif?
Hah, tengok... ada orang kata labah-labah tu ikot dalam perabot waktu pindah. Taklah. Semua perabot baru, tak ada yang second hand. Dan semuanya berlap dan bersembur dengan ubat penebat. Memang pasti. Lagipiun labah-labah ni Cuma tinggal dalam bilik air. Hanya kat bilik airlah ada lubang angin dia mesti ikut situ punya. Takkan naik lif pulak!
Apa yang kita boleh belajar dari sini? Banyak. Banyak bagi orang yang nak ambil teladan dan pengalaman. Kalaulah si halus ni boleh berada di puncak menara yang sentiasa berangin, apa maslahnya kita yang bertubuh sasa dan jelas lagi nyata ni untuk bina kecemerlangan dan kejayaan diri?
Tengoklah labah-labah ni, ada ruang untuk dia di muka bumi ni. Dia hidup ikut kapasiti yang dia miliki. Dia tentu tak terdaya untuk menentang arus pembangunan, tapi dia masih boleh hidup di tengah-tengah pembangunan.
Dari dulu, kini dan selamanya labah-labah akan ada dan pasti terus ada, biar bagaimana bumi ini telah berubah, namun ruang untuk dia tetap ada dan mesti ada.
Kita tak perlu susah hati sangat dengan bahagian kita. Sebagai manusia, kita lebih berhak untuk berada disini, membina kecemerlangan diri kita sebagus-bagusnya. Kalau labah-labah boleh hidup di celah batu, kenape kita tak boleh hidup diapit batu?
Jangan terkejut kot-kot labah-labah yang dapat menyelusup masuk ke dalam roket pulak nanti.                                                            
         Orang muda selalu melaram,                               Ayam baik selalu mengeram,
         Terlebih melaram jadilah arang;                         Mari menjual kain ela;
         Kenapa labah-labah hidup tenteram,                   Labah-labah memanglah tenteram,
         Sedangkan dia tu bukan orang.                           Sebab dia labah-labah bukan orang le...

Niat biar selalu . .

Jangan dabik dada mengaku anda bagus kalau belum ada apa-apa yang anda hasilkan, tapi anda sudah bagus kalau berasa ingin menjadi bagus.
Kan ibadah tu bukan mestinya kita buat, niat saja pun dah kira ibadah? Eh, iya ke? Iyalah. Sebab bila kita niat aje dah dapat satu pahala, kalau buat pulak apa yang diniatkan tu(pekara yang baiklah, jangan loyar buruk) dapat sepuluh. Tak ibadah, apa benda namanya?
Jadi, bila anda rasakan diri bagus, anda memang bagus. Yang langsung tak bagus, langsung tak mahu menjadi bagus. Hah, ada faham?
Sebenarnya taklah payah sangat nak cemerlang, gemilang dan terbilang ni, asalkan ada niat nak ke situ. Ada orang niat pun susah, apatah lagi nak berbuat. Niat bukan kena bayar, ttapi Allah dah bayar. Baru niat dah dapat bayaran, berapa punya senang. Tapi tulah, ada orang niat pun malas.
Niat tu kaedahnya macam kita letakkan hasrat, kehendak, kemahuan, sasaran, azam, target, dan cita-citalah. Manalah nak sampai ke puncak kalau niat pun tak ada.
Kita nji jadi macam apa yang kita fikirkan, meskipun kita tak nafikan kadang-kadang kita tak mampu lakukan apa-apa kalau dah sampai ‘seru’. Yang tu kita kena redha dan terimalah. Tapi, banyak hal dalam hidup kita ni kita yang buat sendiri, kita yang set  nak dapat dan kita yang bertindak. Kan gitu?
Soal nak dapat sakit, nak dapat malang seterusnya nak meninggal memang kita tak dapat campur tangan, kadang-kadang punyalah kita jaga, alih –alih terus sakit. Pulak! Yang ni kita tak dapat kata apalah, tapi kesihatan pun boleh diusahakan, penyakit boleh dicegah.
Kadang-kadang handphone kita, bukan main kita jaga,maklum alat komunikasi paling handy jatuh, rosak dan hilang. Bukan kita tak jaga, tapi dia nak jatuh jugak. Bukan kita tak inang bagai menatang minyak yang penuh, dia nak rosak jugak, nak hilang jugak.
Saya percaya setiap orang pernah mengalami tiga perkara ini, jatuh, rosak, dan hilang. Ya tak? Mesti pernahlah. Yalah, handphone, sedangkan yang bergantung kat leher pun boleh putus talinya, yang diikat kat pinggang pun boleh dirembat orang. Lagilah yang ada sentiasa di tangan.
Kalau anda pernah alami hal-hal macam ini, anggap jelah dah sampai hayat dia. Setiap benda ada jangka hayat. Anggap je ajalnya dah sampai. Jangan kesal, jangan menangis, jangan marah-marah. Relaks. Semua orang pernah hilang handphone.
Satu hari, dalam program ‘Membina Anggun’. Sebaik saja habis program ada seorang perempuan mengadu ‘ Doktor,handphone saya jatuh ke dalam lubang tandas.’ Dengan sedihnya dia cerita. Baik tak terperinci. Tapi yang sedapnya dia sebut jugak, “ tapi tak apa doktor, anggun tetap anggun!”  Power gitu.
Yang menarik tu apa yang berada di bawah salutan,  sebab emas kalau berada diatas besi buruk lambat laun akan dimakan juga. Faham tak? Kalau tak faham baca lagi dan guna otak kreatif bukan otak logik.

Kekuatan ikut niat . .

Sekadar bertukar angin, apa salah sekali sekala keluar dari kampung dan berjemaah dengan jemaah lain, di surau dan masjid yang lain pulak. Baru ada thrill. Kalau bertahun-tahun surau kita atau masjid kita je, kita tak tahu betapa hebatnya orang lain, ditempat lain beribadah. Lebih-lebih lagi di masjid Jamek, anda akan jumpa orang tua yang dah tak larat boleh buat sembahyang tarawih maksimum, baru kita merasa diri kita ni kecik sangat, ibadah kita sikit sangat.
Ada orang cacat kedua belah kaki tapi boleh ibadah sama hebat dengan kita. Ada juga yang datang bawa kerusi lipat. Yang tua-tua tak usah cakap lagi, memang konsisten di barisan paling hadapan. Kita nak keluar setakat lapan rakaat pun malu.
Macam mana kita boleh kuat ibadah sepanjang Ramadhan, padahal tak makan takminum, tapi bila dah raya sembahyang lima waktu pun rasa berat? Inilah peranan niat. Kita dah pasang niat memang nak puasa dan memang nak tarawih sebelum masuk bulan puasa lagi, jadi dengan sendirinya tubuh badan kita bersedia untuk turutikehendak kita. Tapi, cuba kalau sebelum masuk bulan Ramadhan lagi kita dah kata memang tak nak puasa dan memang tak nak buat sembahyang tarawih tu, boleh jadi berat semuanya. Percaya tak?
Sebab itulah niat ini penting. Dalam Islam semua ibadah tanpa niat tidak dikira. Maknanya, buat sia-sia, tak ada apa-apa ganjaran disisi Allah. Kalau niat baru dikira.
Macam tu jugak dalam kita melayari hidup, niat kena pasang dulu. Bila? Ada kaedah menyatakan niat atau mind and heart setting ini dilakukan setiap malam sebelum tidur. Katakanlah apa-apapun misalnya, “ Besok aku nak siapkan artikel, besokaku nak mula tulis novel” dan sebagainya lagi. Nanti, tengoklah hasilnya. Jangan tak caya dulu, buatlah dulu.
Macam mana kita nak kekal jadi orang yang bermotivasi tinggi selepas Ramadhan? Kita disuruh beribadat sepanjang usia kita sebab kita nak bermotivasi tinggilah. Bila kita sembahyang, kita seolah berkomunikasi dengan Allah, kita memuja dan memuji Allah, kemudian kita mohon ampun serta minta doa. Habis sembahyang, kita doa dan doa lagi. Dan begitulah berulang-ulang dalam satu hari hingga lima kali, tak masuk yang sunat. Tak ke kita akan bermotivasi tinggi sepanjang hai tu? Kalau kita buat sepanjang usia tanpa ponteng. Tak ke kita memotivasikan diri kita sepanjang usia? Jadi, apa gaduh bulan puasa ke, bulan tak puasa ke, bulan raya ke bulan tak raya ke, kalau niat betul setiap detik adalah motivasi diri tinggi buat kita.
Kita jadi lemah, malas, lembam bukan kerana orang lain, sebab diri kita sendiri. Kita yang memanjakan diri kita. Kalau kita jadulakan hidup kita, kita boleh buat banyak perkara dalam sehari. Macam orang buat kuih raya, kekadang sorang je yang buat tu tapi macam-macam kuih yang terhasil.
Puan Ain, boleh buat kuih raya untuk pasaran Gombak dengan begitu berjaya sekali. Seorang diripulak tu. Dialah yang menghantar dengan motosikal kesana ke mari. Kenapa boleh? Sebab memang nak buat. Cuba kalau tak nak buat, macam-macam alasan boleh timbul.
Yang lemah bukannya badan, tapi hati. Yang kuat pun bukannya badan tapi hati. Fikir-fikirlah ya. . . 

Kenapa takut nak percaya diri . .

Kan pelik, orang yakin kat kita, tapi kita tak yakin pada diri sendiri. Orang mati-mati boleh kata, “Cik mat tu,  hui bukan main hebat. Dia tu tak nak tunjuk je. Kalau dia jenis menunjuk, memang hebat kampung kita ni jadinya.”
Masalahnya, Mat pulak fikir macam ni, “Aku ni apalah yang pandainya. Langsung tak tahu apa-apa, orang ingat aku  ni hebat sangat,padahal aku ni tak ada apa-apapun.”
Hai, Mat.. orang bukan main percaya kat kamu, kamu sendiri tak gemat dengan diri kamu? 
Semua yang sedang membaca buku ini, majoriti manusia begitu. Percaya tak? Majoriti manusia lebih rendah daripada nak menyombong diri. Merendah diri bagus, tapi janganlah sampai hilang motivasi diri. Ini yang silap. Anda merendah diri, itu memang wajar sebab besar diri akan menyebabkan lupa diri dan lupa diri akan mnyebabkan tak tahu diri. Tak tahu diri akan menyebabkan riak, sombong dah takbur yang tanpa sebab.
Merendah diri sampai rasa Tuhan tak anugerahkan apa-apa pada kita itu salah. Setiap manusia ada keistimewaan-keistimewaan tersendiri dan tertentu. Pasti ada, bahkan boleh kita katakan wajib ada. Sedangkan orang gila pun ada keistimewaan tertentu yang tak ada pada  orang normal. Itu orang gila. Apa keistimewaannya?
Dia boleh hidup dalam dunia gilanya tu. Entah macam manalah rupa dunia dia. Hijau ke, kuning ke, kelabu tahi anjing ke, tak pernah kita tahu. Dia nampak happy , dia nampak biasa, dia nampak okey je dalam dunia dia yang ‘haru-biru’ tu. Tapi, dia masih boleh hidup.
Kalau berjalan di jalan raya, dia tahu berjalan di tepi. Padahal orang  gila, tak stabil, ukuran tak betul, tapi macam mana dia tahu kalau jalan tengah boleh kena langgar dan mati? Kan istimewa tu. Sampaikan dengan pakaian compang-compingnya, dia makan  apa-apa je yang jumpa, apa kucing jalanan makan itu pun, dia makan. Apa yang anjing kurap makanitu pun, dia makan. Tapi okey, selesema pun tak.. tak ke istimewa tu?
Itu orang gila, masih buat ukuran untuk hidupsesuai dengan alam nyata di mana dia berada, sedangkan dia bukan berpijak di bumi yang nyata. Takkan kita ni yang normal,yang stabil, yang okey dan orait ni tak ada keistimewaan? Tak mungkin. Mustahil. Kartun.
Hah, apa nak takut percaya diri tu bagus, diri tu ada keistimewaan, diri tu setanding dengan orang, kadang-kadang lebih baik lagi. Kenapa tak boleh hargai diri sendiri dan hormat diri dan berikan ransangan bahawa dia tu hebat dan luar biasa serta penuh dengan keistimewaan? Kenapa asyik nak kutuk diri tak habis-habis? Ingat untung ke kutuk diri sendiri. Saya tak nampak pun untungnya.
Jangan salah faham dengan munasabah diri. Nanti ada orang kata muhasabah diri tu, kenapa boleh? Kenapa dibenarkan? Muhasabah diri tu maksudnya semak diri, koreksi diri, kata orang indon. Itu memang disuruh untuk memperbaiki diri. Koreksi diri bermakna memperbetulkan diri. Memang kita sentiasa disuruh perbetulkan diri, pasal tu agama diturunkan untuk betulkan manusia.
Agama tak suruh pun kita kutuk diri, macam apa yang dilakukan oleh sesetengah pihak, hingga berpaksa pukul belakang sendiri sampai berdarah-darah. Apa hal? Agama bukan suruh aniaya diri, tapi pelihara diri, hormati dan hargai diri. Habis, kalau dah bearak di tengah jalan raya tak berbaju   pulak smabil pekik-pekik dan pukul belakang sendiri dengan besi,dengan cemeti,dengan ekor pari, apa hal?
Jadi, jom kita hormati diri kita, dalam istilah yang lebih istimewa, hormat diri tinggi. Hormat diri adalah satu pernyataan syukur seorang hamba pada TUHAN-nya, sedangkan kutuk-kutuk diri, memang tak tahu diri.