Wednesday 18 May 2011

Kekuatan ikut niat . .

Sekadar bertukar angin, apa salah sekali sekala keluar dari kampung dan berjemaah dengan jemaah lain, di surau dan masjid yang lain pulak. Baru ada thrill. Kalau bertahun-tahun surau kita atau masjid kita je, kita tak tahu betapa hebatnya orang lain, ditempat lain beribadah. Lebih-lebih lagi di masjid Jamek, anda akan jumpa orang tua yang dah tak larat boleh buat sembahyang tarawih maksimum, baru kita merasa diri kita ni kecik sangat, ibadah kita sikit sangat.
Ada orang cacat kedua belah kaki tapi boleh ibadah sama hebat dengan kita. Ada juga yang datang bawa kerusi lipat. Yang tua-tua tak usah cakap lagi, memang konsisten di barisan paling hadapan. Kita nak keluar setakat lapan rakaat pun malu.
Macam mana kita boleh kuat ibadah sepanjang Ramadhan, padahal tak makan takminum, tapi bila dah raya sembahyang lima waktu pun rasa berat? Inilah peranan niat. Kita dah pasang niat memang nak puasa dan memang nak tarawih sebelum masuk bulan puasa lagi, jadi dengan sendirinya tubuh badan kita bersedia untuk turutikehendak kita. Tapi, cuba kalau sebelum masuk bulan Ramadhan lagi kita dah kata memang tak nak puasa dan memang tak nak buat sembahyang tarawih tu, boleh jadi berat semuanya. Percaya tak?
Sebab itulah niat ini penting. Dalam Islam semua ibadah tanpa niat tidak dikira. Maknanya, buat sia-sia, tak ada apa-apa ganjaran disisi Allah. Kalau niat baru dikira.
Macam tu jugak dalam kita melayari hidup, niat kena pasang dulu. Bila? Ada kaedah menyatakan niat atau mind and heart setting ini dilakukan setiap malam sebelum tidur. Katakanlah apa-apapun misalnya, “ Besok aku nak siapkan artikel, besokaku nak mula tulis novel” dan sebagainya lagi. Nanti, tengoklah hasilnya. Jangan tak caya dulu, buatlah dulu.
Macam mana kita nak kekal jadi orang yang bermotivasi tinggi selepas Ramadhan? Kita disuruh beribadat sepanjang usia kita sebab kita nak bermotivasi tinggilah. Bila kita sembahyang, kita seolah berkomunikasi dengan Allah, kita memuja dan memuji Allah, kemudian kita mohon ampun serta minta doa. Habis sembahyang, kita doa dan doa lagi. Dan begitulah berulang-ulang dalam satu hari hingga lima kali, tak masuk yang sunat. Tak ke kita akan bermotivasi tinggi sepanjang hai tu? Kalau kita buat sepanjang usia tanpa ponteng. Tak ke kita memotivasikan diri kita sepanjang usia? Jadi, apa gaduh bulan puasa ke, bulan tak puasa ke, bulan raya ke bulan tak raya ke, kalau niat betul setiap detik adalah motivasi diri tinggi buat kita.
Kita jadi lemah, malas, lembam bukan kerana orang lain, sebab diri kita sendiri. Kita yang memanjakan diri kita. Kalau kita jadulakan hidup kita, kita boleh buat banyak perkara dalam sehari. Macam orang buat kuih raya, kekadang sorang je yang buat tu tapi macam-macam kuih yang terhasil.
Puan Ain, boleh buat kuih raya untuk pasaran Gombak dengan begitu berjaya sekali. Seorang diripulak tu. Dialah yang menghantar dengan motosikal kesana ke mari. Kenapa boleh? Sebab memang nak buat. Cuba kalau tak nak buat, macam-macam alasan boleh timbul.
Yang lemah bukannya badan, tapi hati. Yang kuat pun bukannya badan tapi hati. Fikir-fikirlah ya. . . 

No comments:

Post a Comment